YTL Power Sasar Lancar Superkomputer AI Pertama Malaysia dan ILMU 1.0 Menjelang Suku Ketiga

KUALA LUMPUR: YTL Power International Bhd kini berada di landasan tepat untuk melancarkan superkomputer AI pertama Malaysia, bersama model bahasa besar (LLM) tempatan, ILMU 1.0, menjelang suku ketiga tahun ini.

Pengarah Urusannya, Dato’ Seri Yeoh Seok Hong, berkata pembangunan infrastruktur AI tersebut sedang berjalan lancar dan bakal menjadi asas kepada agenda kedaulatan kecerdasan buatan (AI) negara.

“Kami terus mencatatkan kemajuan cemerlang dan berada di landasan tepat untuk melancarkan Superkomputer AI YTL pada suku ketiga tahun ini. Infrastruktur awan AI ini akan menjadi asas kepada AI berdaulat negara, dan akan memacu pembangunan LLM milik Malaysia sendiri, ILMU 1.0,” katanya seperti dilaporkan oleh The Edge.

Baru-baru ini, Naib Presiden dan Pengurus Besar DGX Cloud Nvidia, Alexis Bjorlin, mengesahkan bahawa pelaksanaan projek tersebut berjalan lancar, dengan YTL menjadi rakan awan pertama Nvidia (NCP) di rantau Asia Pasifik.

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan DGX Cloud di Malaysia melalui kerjasama ini. Segala perancangan berjalan seperti yang dijadualkan,” katanya ketika menghadiri sidang Nvidia GTC di Taipei.

Beliau menambah bahawa kestabilan bekalan tenaga serta keupayaan pembuatan Malaysia memainkan peranan penting dalam keputusan pelaburan Nvidia, dan menyatakan bahawa YTL Cloud akan menjadi antara pengguna awal platform Nvidia Blackwell Ultra di rantau ini.

BBerkaitan

Latest articles