‘Wasiat’ Bung Moktar – Zahid Dedah Hasrat Allahyarham Jadikan Anak Calon BN Di Kinabatangan

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mendedahkan bahawa beliau pernah mengadakan perbincangan dengan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin mengenai cadangan supaya anak lelaki Allahyarham, Naim Kurniawan, diberi peluang bertanding sebagai calon Parlimen Kinabatangan pada pilihan raya akan datang.

Menurut Ahmad Zahid, perbincangan itu seolah-olah membawa maksud satu hasrat atau “wasiat” daripada Bung Moktar agar legasi perjuangannya di kawasan berkenaan diteruskan oleh anaknya sendiri.

Katanya, perkara tersebut timbul secara tidak formal ketika perbincangan peribadi mereka sebelum ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen ketiga Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Januari 2026 sebagai tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.

PRK itu diadakan susulan kematian Bung Moktar di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu pada 5 Disember lalu.

SPR turut menetapkan Hari Penamaan Calon pada 10 Januari, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 20 Januari depan.

Ahmad Zahid bagaimanapun menegaskan bahawa cadangan berhubung pencalonan Naim itu belum dibincangkan secara rasmi dalam mesyuarat UMNO atau Dewan Tertinggi BN.

Katanya, walaupun penerimaan awal dilihat positif, keputusan muktamad memerlukan perbincangan lanjut bersama kepimpinan parti serta Kerajaan Negeri Sabah.

BBerkaitan

Latest articles