Umum ‘Cai’ Pemilihan, JPP Keluarkan Surat Amaran Kepada Rafizi

KUALA LUMPUR: Calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli, menerima surat amaran rasmi daripada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) selepas mengumumkan senarai penuh calon pilihannya atau ‘cai’ menjelang Pemilihan PKR 2025–2028.

Surat itu diserahkan kepada Rafizi lewat petang semalam sebagai peringatan terhadap pelanggaran Garis Panduan Pemilihan parti yang telah ditetapkan.

“Biasanya dalam proses peringatan, kita akan keluarkan surat amaran terlebih dahulu. Dan itulah yang kita serahkan kepada Rafizi semalam,” kata Timbalan Pengerusi JPP, Datuk Ahmad Kassim sebagaimana memetik MalaysiaGazette.

Ahmad turut memaklumkan bahawa surat tersebut mengandungi arahan jelas agar Rafizi menarik balik senarai calon pilihannya yang dimuat naik di platform media sosial termasuk Facebook dan X (dahulunya Twitter).

“Kami minta beliau turunkan senarai ‘cai’ yang dikeluarkan. Ia melanggar etika pemilihan yang ditetapkan MPP dan Garis Panduan Pemilihan 2025,” katanya lagi.

Tindakan Rafizi itu diklasifikasikan sebagai kesalahan tertentu di bawah garis panduan pemilihan, dan berpotensi untuk dirujuk ke Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Lembaga Disiplin jika didapati serius.

“Selepas pemilihan, JPP boleh bawa isu ini kepada MPP. Jika wujud pelanggaran yang jelas, ia boleh dirujuk ke Lembaga Disiplin. Mereka akan jalankan siasatan secara adil,” tegas Ahmad.

Sebelum ini, Pengerusi JPP, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, turut mengesahkan bahawa tindakan Rafizi telah melanggar peraturan pemilihan parti dan mengesahkan pengeluaran surat amaran tersebut.

Tindakan Rafizi mengumumkan senarai pilihannya mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan ahli dan pemerhati politik.

Dalam senarai tersebut, beliau mencadangkan nama-nama besar seperti:
• Naib Presiden PKR:
• Chang Lih Kang (Menteri Sains, Teknologi & Inovasi)
• Nik Nazmi Nik Ahmad (Menteri Sumber Asli & Kelestarian Alam)
• Datuk Aminuddin Harun (Menteri Besar Negeri Sembilan)
• G. Manivanan (Setiausaha Politik Presiden PKR)

• Calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP):
Antara 25 nama yang disenaraikan termasuk:
• Akmal Nasrullah Mohd. Nasir
• Tan Kar Hing
• Wong Chen
• Zahir Hassan
• Lee Chean Chung
• Syed Ibrahim Syed Noh
• Onn Abu Bakar
• S. Kesavan

BBerkaitan

Latest articles