UMNO Hantar Nota Bantahan Kepada Parti Gabungan, Kritik Pengendalian Lemah Kes Zara Qairina

KUALA LUMPUR: UMNO akan menghantar nota bantahan kepada semua kepimpinan parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan yang didapati menerima atau merancang untuk menerima kemasukan ahli-ahli UMNO ke dalam parti mereka.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata tindakan itu sebagai amaran keras kerana perkara tersebut boleh menjejaskan hubungan antara parti gabungan jika tidak dikawal.

Bantahan itu diputuskan dalam mesyuarat MKT UMNO malam tadi yang dipengerusikan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sebelum ini, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, mengesahkan telah diterima sebagai ahli PKR Cabang Ampang, sekali gus mencetuskan reaksi dari kepimpinan UMNO.

Dalam isu berasingan, mesyuarat MKT turut melahirkan rasa kecewa terhadap pengendalian kes kematian Zara Qairina Mahathir yang disifatkan lemah dan tidak mengikut SOP sebagaimana diakui PDRM.

Sehubungan itu, UMNO menyokong penuh keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mengadakan inkues penuh bagi menentukan punca kematian remaja berkenaan dan sama ada wujud unsur jenayah.

Mengenai kontroversi Jalur Gemilang, Asyraf menegaskan tindakan tegas dan pendakwaan perlu dikenakan terhadap mana-mana individu yang menghina bendera negara, tanpa mengira alasan.

BBerkaitan

Latest articles