KUALA LUMPUR: ASEAN menyatakan dengan jelas dan tegas bahawa undang-undang kemanusiaan antarabangsa mesti dihormati dan dipatuhi di Gaza, kata Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Enrique A Manalo.
"ASEAN sangat jelas. ASEAN menyokong penuh aspek kemanusiaan dan keperluan untuk menghormati undang-undang antarabangsa di Gaza dan juga di Palestin," katanya kepada media malam tadi.
Manalo berkata demikian ketika menjawab pertanyaan mengenai tindakan Israel terhadap Palestin, susulan Kepengerusian Filipina...
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa ASEAN harus meletakkan pembasmian kemiskinan dan perlindungan komuniti rentan sebagai teras utama dalam agenda pembangunannya, menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang bakal berlangsung.
Dalam temu bual khas bersama media, Anwar berkata pertumbuhan ekonomi rantau ini harus diterjemahkan secara langsung kepada peningkatan kebajikan rakyat, perlindungan sosial dan pemeliharaan maruah manusia.
“Isu kemiskinan sangat dekat di hati saya....