Saban tahun apabila bulan Mei tiba, sawah padi yang mulai menguning menjadi petanda musim Kaamatan telah bermula. Suasana dipenuhi rasa teruja dan kegembiraan, mencerminkan kemeriahan pesta yang diraikan di seluruh Sabah.
Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) di Hongkod Koisaan Cultural Unity Centre Penampang merupakan lokasi utama sambutan pesta Kaamatan. Setiap tahun, KDCA membuka pintunya kepada pengunjung dan menjemput semua untuk berkongsi kegembiraan, perpaduan dan tradisi...
Tahukah anda? Saban hari, rakyat Malaysia menghasilkan lebih 38,000 tan sisa pepejal. Setiap seorang daripada kita menyumbang purata 1.17 kilogram kepada jumlah itu — dan 25% daripadanya datang dari Selangor sahaja. Ini bukan sekadar statistik. Ia adalah realiti yang menuntut tindakan segera.
Namun, pendekatan kita dalam menangani masalah ini masih bersifat biasa dan “business as usual”. Kita masih terperangkap dalam kitaran pelupusan konvensional melalui tapak...