KUALA LUMPUR: Seorang tentera berpangkat sarjan direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah, hari ini kerana disyaki mencabul seorang pelajar sekolah berasrama penuh, minggu lalu.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, perintah reman terhadap anggota tentera berusia 32 tahun itu dikeluarkan Majistret Dr Teoh Shu Yee bermula hari ini sehingga 20 Mei ini.
Ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual...
KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pelbagai bentuk bantuan dan pampasan kewangan kepada waris serta anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam nahas tragis di Jalan Chikus–Sungai Lampam, semalam.
Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, setiap waris akan menerima jumlah bantuan antara RM58,000 hingga RM269,000, bergantung kepada tahap kecederaan atau kes kematian yang berlaku.
“Bantuan awal sebanyak RM1,200...