PUTRAJAYA: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali gagal dalam rayuan akhirnya di Mahkamah Rayuan hari ini dan kekal menjalani hukuman penjara 12 tahun atas kesalahan mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down, Bella.
Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Azman Abdullah bersama Datuk Azmi Ariffin dan Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz sebulat suara menolak rayuan itu selepas berpuas hati tiada kekhilafan fakta atau undang-undang dalam...
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli, mendakwa insiden serangan terhadap anak lelakinya semalam adalah amaran keras daripada pihak tertentu agar beliau menghentikan siasatan terhadap sebuah skandal besar yang sedang dibongkarnya.
Tanpa mendedahkan butiran skandal tersebut, bekas Menteri Ekonomi itu menegaskan serangan itu berlaku hanya beberapa hari selepas beliau menerima maklumat daripada sekumpulan pemberi maklumat.
“Pada pandangan saya, ini adalah percubaan untuk menutup mulut...