SPRM Sahkan Bakal Dakwa 2 individu Berkaitan Video Tular Perlesenan Lombong Mineral Sabah

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal mendakwa sekurang-kurangnya dua individu di mahkamah dalam masa terdekat susulan siasatan terhadap video tular yang dikaitkan dengan dakwaan rasuah melibatkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah berkaitan isu pelesenan lombong mineral.

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, dalam satu sidang media selepas menghadiri sebuah program rasmi pagi ini.

“Saya akan umum dalam masa terdekat… akan ada satu atau dua individu yang akan dituduh di mahkamah,” katanya ringkas, sambil menambah bahawa tindakan pendakwaan mungkin akan didahulukan sebelum kenyataan rasmi dikeluarkan SPRM.

Siasatan kes ini mula mendapat perhatian selepas beberapa rakaman video tular menunjukkan perbualan yang dipercayai membabitkan perbincangan berkaitan rasuah antara individu tertentu dan beberapa wakil rakyat Sabah.

Pada 6 Jun lalu, Azam mengesahkan bahawa kertas siasatan telah dilengkapkan dan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.

SPRM sebelum ini juga mengesahkan bahawa siasatan dilakukan secara menyeluruh termasuk analisis forensik digital terhadap video serta bukti berkaitan yang dikaitkan dengan dakwaan tersebut.

BBerkaitan

Latest articles