Skandal Seks Cikgu, ‘Abang Wiring’: Didenda RM5,000, Pasangan Kesal, Menangis

MELAKA: Skandal percubaan zina membabitkan seorang guru sekolah menengah dan juruelektrik yang tular baru-baru ini berakhir dengan hukuman denda RM5,000 atau penjara enam bulan, selepas kedua-duanya mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Ayer Keroh, hari ini.

Tertuduh, Nur Fadilah Zainal, 31, dan Muhammad Hairul Ezuan Hamzah, 31, masing-masing merayu agar dikenakan hukuman ringan, sambil menangis ketika prosiding berlangsung.

“Saya kesal, sudah buat solat sunat taubat dan akan bertanggungjawab terhadap Cikgu Fadilah,” kata Muhammad Hairul yang bekerja sebagai juruelektrik.

“Saya mohon hukuman ringan kerana saya ibu tunggal yang tanggung anak dan ibu bapa uzur,” rayu Fadilah dengan nada teresak-esak.

Kedua-dua tertuduh didapati cuba melakukan persetubuhan haram di sebuah rumah di Taman Bukit Emas, Alor Gajah, kira-kira jam 9 malam pada 28 Februari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 52 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Ketua Pendakwa Syarie, Atras Mohamad Zin, memohon hukuman tegas, dengan menyatakan kes tersebut mempunyai elemen kukuh menunjukkan berlakunya persetubuhan haram, walaupun hanya didakwa atas percubaan.

“Kedua-dua tertuduh adalah pesalah yang pernah berkahwin. Mengikut hukum hudud, hukuman bagi zina muhsan ialah rejam sampai mati,” katanya.

Dalam rayuan, Fadilah memaklumkan beliau menanggung sepenuhnya anak berusia empat tahun dan ibu bapa yang sakit, manakala Hairul mendakwa reputasi serta pendapatannya terjejas akibat kes itu.

Setelah menimbang semua faktor, Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin menjatuhkan hukuman denda RM5,000 setiap seorang, atau penjara enam bulan jika gagal membayar.

BBerkaitan

Latest articles