PM Lawat Amir Raja Lawak, Sampaikan Sumbangan Untuk Bapa

KOTA BHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada semalam meluangkan masa menyantuni pelawak popular, Mohammad Amirullah Azmi atau lebih dikenali sebagai Amir Raja Lawak, di premis perniagaannya berhampiran Stadium Sultan Muhammad IV.

Anwar yang diiringi Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, berada di kedai Amir selama kira-kira setengah jam untuk beramah mesra serta bertanyakan khabar, termasuk mengenai keadaan kesihatan bapanya yang sedang menerima rawatan kanser usus di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Dalam kunjungan itu, Anwar dan Mohd Nassuruddin turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Amir.

Pertemuan tersebut tercetus selepas Amir memuat naik satu hantaran di Facebook semalam, menyatakan hasrat untuk bertemu pemimpin nombor satu negara itu yang hadir ke Kelantan bagi merasmikan majlis penutup Program Madani Rakyat (PMR) berhampiran kedainya.

“Saya hanya membuat hantaran di Facebook kerana tahu perdana menteri akan berada di kawasan ini. Tidak sangka beliau sendiri tahu mengenai masalah saya,” kata Amir ketika ditemui.

Menurut Amir, beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Farhan Fauzi, bahawa Anwar akan singgah ke premisnya.

“Syukur dan terkejut… saya sangka hanya perdana menteri yang akan hadir, rupa-rupanya ramai pemimpin besar turut serta,” katanya dengan nada terharu.

BBerkaitan

Latest articles