Penyertaan Tengku Zafrul Ke PKR Cetus Perdebatan Tentang Arah Politik Malaysia

KUALA LUMPUR: Keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz sebagai ahli parti akan mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan pemerhati politik dan pemimpin parti lain.

Exco Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid turut mempersoalkan sama ada ia sekadar satu trend politik “mengutip” nama besar tanpa mengambil kira prinsip perjuangan terdahulu.

Nurulhidayah juga menyifatkan tindakan itu sebagai petanda bahawa garis pemisah antara kawan dan lawan politik semakin kabur.

“Kalau beginilah hala tuju, jangan hairan jika rakyat melihat politik bukan lagi medan perjuangan tetapi pasaran terbuka untuk membeli-belah pengaruh,” katanya di Facebook.

Menurutnya, perkembangan ini mungkin memberi isyarat bahawa apa yang lebih penting dalam politik kini adalah siapa yang sedia menyertai, bukannya siapa yang benar-benar konsisten memperjuangkan prinsip parti.

Tengku Zafrul sebelum ini mengesahkan bahawa permohonannya untuk menyertai PKR telah diluluskan oleh Majlis Pimpinan Pusat parti itu pada 26 Julai lalu, sekali gus menjadikannya ahli PKR Cabang Ampang.

Keputusan ini turut disahkan Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh.

BBerkaitan

Latest articles