Pentas Konsert Legasi P. Ramlee Akan Dibarisi Gabungan Bintang Terkenal Dan Maestro

KUALA LUMPUR: Konsert Legasi P. Ramlee dijadualkan akan berlangsung pada 20 Sept depan di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza di sini.

Dianjurkan oleh Tanahair Films Sdn. Bhd., konsert ini merupakan sebahagian daripada Projek Perdana P. Ramlee hasil ilham Datuk Khairul Anwar Salleh dan Adlin Aman Ramlie, sebagai penghormatan terhadap warisan seni dan budaya yang ditinggalkan seniman agung negara itu.

Nama-nama besar industri muzik tanah air seperti Datuk Jamal Abdillah, Datuk Zainal Abidin, Ella, MimiFly, Nadeera dan Liza Hanim akan menyerikan konsert tersebut.

Empat maestro muzik tersohor negara Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Ramli MS, Helen Yap dan Michael Veerapen akan mengetuai lebih 60 pemuzik orkestra bagi menghidupkan lebih 30 karya agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam susunan muzik baharu, penuh sinematik dan dramatik.

Turut ditampilkan dalam konsert berprestij ini ialah tiga figura impersonator popular P. Radhi, Danie Hasbullah dan Musly Ramlee yang bakal membawa penonton menyusuri era kegemilangan seni Melayu menerusi interpretasi tersendiri dalam gaya persembahan kontemporari.

Konsert itu turut mendapat sokongan strategik daripada pelbagai agensi dan kementerian termasuk Arkib Negara Malaysia, FINAS, Kementerian Komunikasi, Kementerian Perpaduan Negara, MOTAC, serta Istana Budaya.

Tiket mula dijual pada
26 Jun 2025 menerusi www.ticket2u.com.my

BBerkaitan

Latest articles