Pekerja Tapak Binaan Maut Digilis Lori, JKKP Arah Henti Serta-Merta Aktiviti Penambakan

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja tapak pembinaan maut selepas digilis lori “tipper” dalam kejadian ngeri di Tanjung Dua Belas, Kuala Langat petang kelmarin.

Menurut Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor, kejadian berlaku pada jam 3.55 petang ketika kerja penambakan tanah sedang dijalankan.

Mangsa, seorang lelaki tempatan yang bertugas sebagai “banksman” atau signalman, dipercayai berada dalam kawasan titik buta ketika memberi isyarat kepada lori yang sedang mengundur.

Mangsa dilaporkan terjatuh sebelum digilis tayar kenderaan tersebut dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Susulan tragedi itu, JKKP mengarahkan semua aktiviti penambakan tanah di tapak pembinaan tersebut dihentikan serta-merta, dan notis larangan (NOP) telah dikeluarkan kepada majikan.

“Majikan gagal memastikan kawalan pergerakan lori dan keselamatan persekitaran kerja,” kata kenyataan JKKP.

Siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 bagi mengenal pasti punca sebenar serta pihak yang bertanggungjawab.

BBerkaitan

Latest articles