Palanivel Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, jam 8 pagi tadi.

Berita pemergian Palanivel yang juga bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar disahkan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan yang meluahkan ucapan takziah. 

Palanivel, 76, mula menyertai MIC sebagai ahli biasa pada 1968 dan mula bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) pada 1990.

Beliau kemudian menjadi Ahli Parlimen Hulu Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1990 dan kekal sebagai wakil rakyat di kawasan itu selama empat penggal sebelum tewas pada 2008 dan bertanding di Cameron Highlands pada 2013.

Selepas mendiang Tun Samy Vellu meletak jawatan Presiden MIC pada 2010, Palanivel mengambil alih pucuk kepimpinan parti itu.

Palanivel memulakan kerjaya sebagai Pegawai Penyelidik di Muzium Negara menerusi Projek Lembah Bujang pada 1973 sebelum menyertai Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebagai wartawan kanan pada April 1977.

Beliau juga pernah menjadi setiausaha akhbar kepada Samy Vellu selaku Menteri Kerja Raya antara 1987 hingga 1990.

BBerkaitan

Latest articles