Mohd Shuhaily Ditukar Ke AKPS, KP Johor Ganti Pengarah JSJ

KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain akan ditukarkan ke Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) selama dua tahun, berkuat kuasa Isnin ini.

Mohd Shuhaily ketika dihubungi mengesahkan pertukaran tersebut namun enggan mengulas lanjut.

“Tunggu Majlis Serah Terima Tugas pada Isnin ini,” katanya.

Sebelum ini, arahan pertukaran tersebut mula dikesan tular di laman media sosial sejak malam semalam, mencetuskan spekulasi mengenai perubahan kepimpinan tertinggi JSJ Bukit Aman.

Difahamkan, Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar S Muthuvelu, dilaporkan bakal menggantikan Mohd Shuhaily sebagai Pengarah JSJ.

Selain Mohd Shuhaily, arahan pertukaran yang sama turut melibatkan dua pegawai lain iaitu Superintenden Urus Setia KPN (Dasar Strategik) Cawangan Khas Bukit Aman yang akan bertukar ke jawatan Superintenden Komunikasi Korporat Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) Urus Setia Pejabat KPN, Bukit Aman.

Bagaimanapun, arahan berkenaan tidak menyebut mengenai pelantikan baharu bagi mengisi kekosongan jawatan Ketua Polis Johor susulan pertukaran M Kumar ke Bukit Aman.

BBerkaitan

Latest articles