Malaysia Komited Pastikan Transformasi Digital dan AI Inklusif – PM Anwar

KUALA LUMPUR — Malaysia komited memastikan transformasi digital dan pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI) dilaksanakan secara inklusif, beretika dan sejajar dengan nilai bersama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap pada ASEAN AI Malaysia Summit 2025 di sini hari ini, Anwar berkata ASEAN berada pada kedudukan strategik untuk menjadi peneraju pembangunan AI dengan hampir 700 juta penduduk, ekonomi digital yang berkembang pesat serta kepelbagaian budaya dan bahasa yang unik.

“Jika kita berani memanfaatkan peluang ini, AI dapat memperkasa perniagaan kecil, membangunkan komuniti luar bandar, memperkukuh perkhidmatan awam serta memperluas akses kepada pendidikan, kesihatan dan keadilan,” katanya.

Menurut beliau, pembentukan Kementerian Digital telah memberikan hala tuju jelas bagi memperkukuh ekonomi digital negara, manakala Rancangan Malaysia Ketiga untuk lima tahun akan datang menekankan bahawa kejayaan transformasi digital mesti bersifat inklusif dan membawa manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

Anwar menegaskan, dasar yang digubal hari ini bukan sahaja akan membentuk masa depan ekonomi, malah menentukan identiti budaya, keyakinan masyarakat dan kesejahteraan moral generasi akan datang.

“Fokus kita ialah memastikan AI menjadi kuasa untuk semua rakyat, memperkukuh tadbir urus, memacu inovasi, dan menghubungkan masyarakat dengan ekosistem teknologi moden,” katanya.

Dalam program yang sama, Anwar turut melancarkan secara rasmi ILMU, model AI multimodal pertama yang dibangunkan sepenuhnya di Malaysia, sebagai penyelesaian kecerdasan buatan berdaulat (sovereign AI) yang direka khusus untuk bahasa, budaya dan konteks tempatan yang dibangunkan oleh YTL AI Labs, sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan AI yang dibangunkan sepenuhnya di Malaysia.

Pusat ini dijangka menjadi hab inovasi tempatan yang memacu kemajuan teknologi AI di peringkat nasional dan serantau.

Sementara itu, menurut Anwar lagi Beliau turut menyeru kerjasama lebih erat antara negara-negara ASEAN dalam memanfaatkan potensi AI serta mengelakkan jurang digital antara bandar dan luar bandar, negara maju dan negara membangun, malah dalam komuniti itu sendiri.

“ASEAN mesti kekal sebagai rantau yang aman dan menarik, serta menjadikan transformasi digital sesuatu yang bermakna untuk semua,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles