Mahkamah Benarkan Permohonan Pembelaan Dapatkan Dokumen SSM Berkaitan Kes Revenue Group

KUALA LUMPUR, 30 Mei 2025 – Mahkamah membenarkan permohonan pembelaan untuk mendapatkan butiran terperinci berkenaan laporan kewangan dan dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengenai perletakan jawatan salah seorang pengarah syarikat Revenue Group Berhad (RGB) bagi membantu pembelaan kes pertuduhan menyalahgunakan harta syarikat tanpa resolusi Ahli Lembaga Pengarah, enam tahun lalu.

Pada sesi soal balas hari ini, pihak pembelaan menyoal saksi, Penolong Pendaftar Syarikat, Harshini Radhakrishnan, yang memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak pernah dirujuk oleh pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan dokumen berupa ringkasan laporan kewangan RGB bagi tahun sebelum 2022.

Harshini ketika menjawab soalan Peguam, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, memberitahu mahkamah beliau boleh mengeluarkan dokumen berkaitan bagi tahun 2019, 2020 dan 2021 namun dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How kerana berpendapat ia tidak relevan dengan kes yang dibicarakan.

Hakim Rosli Ahmad, bagaimanapun kemudiannya membenarkan permintaan pihak pembelaan.

Mahkamah selain itu, turut memberi kebenaran kepada pihak pembelaan untuk memohon dokumen berkaitan di SSM berkenaan perletakan jawatan seorang pengarah syarikat RGB, Heng Chiang Pooh.

Dzulkifli selain itu, meminta kepastian Harshini mengenai status “tidak pasti” di dalam perenggan ke-36 dan 37 pernyataan saksi dan mencadangkan ia ditukar kepada “tidak tahu” untuk menjelaskan lagi pengakuan saksinya.

Berdasarkan The Companies Act, 2016 Malaysia, Public Company Limited By 14 Shares, Constitution Of Revenue Group Berhad (1248321-D), Saya tidak pasti, 15 jika pemindahan dan pelupusan harta dibuat tanpa kelulusan Board. kerana ia 16 di luar bidang kuasa saya sebagai Pegawai Eksekutif Gred 50 di SSM. 17
37. Berdasarkan The Companies Act, 1965 Malaysia, Public Company Limited By 18 Shares, Memorandum And Articles Of Association Of Revenue Harvest Sdn Bhd; 19 Incorporated On The Saya tidak pasti, jika pemindahan dan pelupusan harta 20 dibuat tanpa kelulusan Board. kerana ia di luar bidang kuasa saya sebagai 21 Pegawai Eksekutif Gred 50 di SSM.

“Harshini tahu apa beza tidak pasti dengan tidak tahu? Tidak pasti maksudnya kamu ada pengetahuan dan perlu periksa semula untuk kepastian sedangkan jika tidak tahu bermakna kamu memang tiada pengetahuan mengenai sesuatu perkara,” katanya.

Harshini kemudian mengaku bahawa beliau tidak tahu mengenai perkara yang dibicarakan.

Terdahulu Harshini juga diminta untuk membuat kepastian mengenai status bilangan Pengarah RGB yang bercanggah bagi dua salinan dokumen SSM yang diserahkan kepada mahkamah yang menunjukkan satu dokumen tertera nama empat orang pengarah manakala satu lagi tertera enam pengarah syarikat.

Harshini mengakui bahawa berlaku perkara yang tidak lazim kerana dokumen berkenaan sepatutnya menunjukkan fakta yang sama.

Pihak pembelaan pada hujung perbicaraan meminta supaya saksi dipanggil semula bagi meneruskan soal balas dan dibenarkan mahkamah.

Selain Law, perbicaraan turut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Amirah Muhammad Ali dan Mohd Syahzada Azad Sanusi.

Manakala tertuduh turut diwakili peguam, Amer Hamzah Arshad.

Berdasarkan pertuduhan, Ng Shih Chiow dan Ng Shih Fang yang juga Pengarah Revenue Group Berhad didakwa bersubahat menyebabkan seorang pegawai CIMB Bank Berhad melupuskan harta iaitu sebuah kereta jenis Toyota Vellfire milik syarikat itu tanpa resolusi ahli lembaga pengarah.

Pelupusan yang dibuat dengan mendaftarkan kereta tersebut atas nama Shih Fang itu didakwa dilakukan mereka di Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Lot 14264, Jalan Genting Kelang, Setapak, pada 3 Oktober 2018.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan denda, hukuman penjara tidak kurang enam bulan maksimum lima tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

BBerkaitan

Latest articles