Lelaki Tak Mengaku Salah Rogol Bekas Kakak Ipar

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan merogol bekas kakak iparnya di rumahnya dua tahun lalu.

Bagaimanapun lelaki berusia 31 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Siti Shakirah Mohtarudin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa merogol wanita terbabit, yang ketika itu berusia 31 tahun, di sebuah pangsapuri di Bukit Jalil kira-kira 3.30 pagi pada 22 Jan 2023.

Tertuduh dilaporkan hilang selepas mangsa membuat laporan polis.

Dia baru-baru ini ditangkap dan didakwa di mahkamah majistret atas kesalahan berkaitan dadah.

Ketika siasatan, polis mendapati dia dikehendaki atas kes rogol.

Hakim Siti Shakirah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 26 Ogos untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zul Hilmi Latif manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BBerkaitan

Latest articles