Janda Dicekup Khalwat Bersama Suami Orang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita berstatus janda dan seorang lelaki yang sudah berkahwin dicekup berkhalwat di sebuah rumah kuarters di Kempas Baru, awal pagi tadi.

Serbuan dilakukan oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kira-kira jam 2 pagi hasil maklumat orang awam melalui talian aduan rasmi jabatan itu.

Menurut sumber, ketika serbuan dilakukan, dua anak kecil milik wanita berkenaan turut berada di dalam rumah dan difahamkan baru sahaja bangun tidur.

Salah seorang daripada mereka dipercayai adalah anak luar nikah yang dilahirkan selepas wanita itu bercerai secara rasmi.

“Hasil siasatan awal mendapati lelaki berusia 28 tahun itu adalah suami orang dan mempunyai seorang anak kecil. Kedua-dua mereka gagal memberikan alasan munasabah mengenai kehadiran lelaki tersebut di rumah wanita itu pada waktu yang tidak sepatutnya,” kata pegawai penguat kuasa yang enggan dikenali.

Wanita berusia 37 tahun itu kini ditahan bersama pasangannya dan direman di lokap untuk siasatan lanjut.

Kedua-duanya dijangka dihadapkan ke Mahkamah Syariah dalam masa terdekat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 27 Enakmen Jenayah Syariah Johor 1997 kerana kesalahan khalwat, yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda maksimum RM3,000, penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, JAINJ juga membuka siasatan di bawah Seksyen 23 enakmen sama berhubung kesalahan zina, sekiranya dakwaan mengenai kelahiran anak luar nikah disahkan melalui dokumen atau ujian lanjut.

“Jika sabit kesalahan zina, tertuduh boleh didenda hingga RM5,000, penjara maksimum tiga tahun atau enam sebatan,” jelas sumber.

BBerkaitan

Latest articles