Isteri Maut Dikelar, Suami Cuba Bakar Rumah Mertua Sebelum Ditahan

TANGKAK: Seorang wanita dipercayai maut selepas dikelar suaminya dalam kejadian tragis di sebuah rumah di Taman Cahaya, Bukit Gambir, Isnin lalu.

Suspek berusia lingkungan 30-an dipercayai bertindak kejam mengelar leher isterinya yang juga dalam usia 30-an sebelum melarikan diri ke rumah ibu mentuanya di Lenga, Pagoh – kira-kira 40 kilometer dari lokasi kejadian – dan cuba membakar kediaman berkenaan.

Cubaan membakar rumah itu bagaimanapun gagal apabila api hanya sempat memusnahkan beberapa kenderaan yang diletakkan di luar rumah.

Suspek kemudiannya pulang ke rumahnya di Bukit Gambir dan berjaya ditahan polis sekitar pukul 7 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa kenyataan media rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak pada Rabu untuk permohonan reman,” katanya ringkas.

Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

BBerkaitan

Latest articles