“Gila!” – Saifuddin Dedah Kes Bayi 3 Bulan Dirogol, Video Rakaman Dijual

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan satu kes mengejutkan membabitkan seorang bayi perempuan berusia hanya tiga bulan yang bukan sahaja dirogol, malah perbuatan keji itu turut dirakam dan videonya dijual.

Saifuddin berkata, beliau dimaklumkan mengenai insiden itu dalam satu taklimat tergempar yang diadakan pada tengah malam baru-baru ini.

“Baru-baru ini saya diberi taklimat pada 12.30 tengah malam. Kalau dah taklimat pukul 12 tengah malam, maknanya ia isu besar, bukan isu kecil,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya.

Beliau menyifatkan kes tersebut sebagai perbuatan yang “gila” dan langsung tidak boleh diterima akal waras.

“Seorang bayi tiga bulan dirogol, videonya dirakam dan kemudian dijual. Ini gila,” tegasnya.

Bagaimanapun, ketika ditemui wartawan selepas majlis itu, Saifuddin enggan memberikan butiran lanjut mengenai kes berkenaan.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan pihaknya bimbang jika perkara itu dipaparkan secara meluas, ia akan menimbulkan kegusaran awam.

“Kalau disiarkan di muka depan, mungkin polemik jadi lain, walaupun ini hanya satu kes. Jadi saya tidak mahu beri maklumat lanjut,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles