Belum Lulus Peletakan Jawatan, Anwar Mahu Rafizi, Nik Nazmi Sertai Semula Kabinet

MELAKA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau masih memberi masa kepada dua menteri yang meletakkan jawatan sebelum ini, untuk memikirkan secara masak-masak sebelum melepaskan kedudukan mereka dalam Kabinet.

Perdana Menteri berkata jika boleh beliau mahu Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad menyertai semula Kabinetnya.

” … biar mereka berfikir …. Saya kalau boleh (mahu) mereka sertai semula (Kabinet). Surat (peletakan jawatan) sudah diterima, tetapi saya belum terima (luluskan) peletakan jawatan mereka,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Seminar Pemantapan Organisasi dan Pertemuan Bersama Presiden Parti yang diadakan secara tertutup di sini semalam. – BERNAMA

BBerkaitan

Latest articles