Kerajaan Tidak Kompromi Jika Ada Unsur Jenayah Dalam Kes Prebet Amirul – TPM

Jelebu: Kerajaan tidak akan berkompromi sekiranya terdapat unsur jenayah dalam kes kematian anggota tentera, Prebet Muhammad Amirul Raziq Rosafindi yang dipercayai dipukul seorang anggota berpangkat koperal bulan lepas.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan memandang serius perkara itu dan komited memastikan keadilan ditegakkan serta kejadian seumpama itu tidak berulang pada masa hadapan.

“Tindakan disiplin tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya, lebih-lebih lagi melibatkan penderaan fizikal.

“Semua pihak perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dan tidak menggunakan kaedah di luar garis panduan sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Jelebu malam ini.

Kejadian itu dilaporkan berpunca daripada tindakan seorang anggota Pegawai Tidak Tauliah (PTT) Rendah berusia 37 tahun yang didakwa menggunakan kekerasan akibat tidak berpuas hati berhubung penugasan yang diarahkan

BBerkaitan

Latest articles