Anak Bung Moktar Diumum Calon PRK Kinabatangan

KUALA LUMPUR: Teka-teki calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan akhirnya terjawab apabila anak kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Naim Kurniawan, diumumkan sebagai wakil rasmi gabungan itu.

Pengumuman dibuat oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada Majlis Makan Malam BN yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur, malam tadi.

Perkara tersebut turut dikongsi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi hantaran di media sosialnya, sekali gus mengesahkan pencalonan Naim Kurniawan untuk mempertahankan kerusi tradisi BN itu.

PRK Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag diadakan susulan pemergian Bung Moktar pada 5 Disember lalu di Kota Kinabalu, Sabah.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan tarikh pengundian PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag pada 24 Januari 2026.

BBerkaitan

Latest articles