Ketua-Ketua UMNO Bahagian Desak Kerajaan Hormati Titah Adendum

Kuala Lumpur – — Ketua-Ketua UMNO Bahagian seluruh negara malam ini sebulat suara mendesak kerajaan agar segera melaksanakan Titah Addendum Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang memperkenankan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman melalui tahanan rumah.

Jurucakap pertemuan, Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Seri Shafie Abdullah berkata, keputusan itu dicapai dalam satu perjumpaan khas yang diadakan sebagai respon kepada kenyataan media Setiausaha Agung UMNO bertarikh 11 Julai lepas.

“Fakta sudah jelas bahawa pada 4 Januari 2025, Istana Pahang secara rasmi memperakukan bahawa Titah Addendum itu wujud dan sahih. Malah, Mahkamah Rayuan turut memutuskan pada 6 Januari 2025 bahawa titah itu mempunyai asas perundangan.

“Malangnya, pihak Peguam Negara didapati telah menyembunyikan titah tersebut lebih daripada setahun, satu tindakan yang amat mendukacitakan ahli parti dan rakyat Malaysia yang menjunjung prinsip Raja Berperlembagaan,” katanya pada sidang media di sini malam ini.

Menurut beliau, tindakan menyembunyikan titah itu jelas melanggar prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban, serta mencemar budi bicara Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Raja-Raja Melayu secara keseluruhan.

Sehubungan itu, perjumpaan malam ini mencapai tiga ketetapan utama iaitu Mendesak Perdana Menteri untuk segera membenarkan Datuk Seri Najib menjalani baki hukuman melalui tahanan rumah sebagaimana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Mereka turut Mendesak Peguam Negara menarik balik permohonan rayuan ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bertarikh 6 Januari 2025 dan Mencadangkan semua Bahagian UMNO di seluruh negara membawa usul khas mengenai isu ini dalam persidangan bahagian masing-masing bagi menunjukkan solidariti mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu katanya

Ini bukan soal individu, tetapi soal kedaulatan undang-undang, penghormatan kepada Institusi Diraja, dan prinsip keadilan yang wajib dipertahankan bersama,” tegas Shafie.

Pertemuan malam ini dihadiri lebih seratus ketua- Ketua UMNO Bahagian dari seluruh negarA termasuj dari Sabah

BBerkaitan

Latest articles