Najib Peroleh DNAA Dalam Kes RM27 Juta SRC

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Tinggi dalam kes pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim K. Muniandy selepas pihak pendakwaan gagal memberikan garis masa yang jelas berhubung tarikh perbicaraan tetap bagi kes tersebut.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam hujahan sebelum ini menyifatkan keadaan itu sebagai tidak adil kepada anak guamnya yang masih berada dalam penjara, namun terpaksa menunggu perbicaraan tanpa kepastian.

Mahkamah turut dimaklumkan bahawa sebanyak 807 barang kes telah dibentangkan dalam perbicaraan terdahulu melibatkan SRC International, yang turut menyumbang kepada kelewatan penyusunan dan pengumpulan bahan bukti untuk kes ini.

Bagaimanapun dengan keputusan DNAA ini, Najib masih boleh didakwa semula pada masa akan datang sekiranya pihak pendakwaan bersedia membawa kes tersebut ke perbicaraan penuh.

Najib kini sedang menjalani hukuman penjara selepas disabitkan bersalah dalam kes berasingan melibatkan dana SRC International.

BBerkaitan

Latest articles