Polis Akan Rakam Keterangan Bapa Kanak-Kanak Maut Jatuh Dari Tingkat 30

KUALA LUMPUR: Polis akan merakam keterangan bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 30 sebuah pangsapuri di Bukit Jalil, Jumaat lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid, keterangan lelaki tempatan itu dijadualkan diambil pada malam Sabtu, kira-kira jam 9 malam, bagi membantu siasatan lanjut.

“Kita masih menjalankan siasatan berhubung insiden ini dan kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

Selain itu, polis turut akan merakam keterangan pakar serta beberapa saksi lain sebagai sebahagian daripada proses siasatan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas, hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan mengesahkan penahanan ibu serta bapa saudara mangsa yang merupakan warga Indonesia.

Kedua-dua individu, masing-masing berusia 27 dan 25 tahun, ditahan bagi membantu siasatan.

Insiden menyayat hati itu berlaku apabila mangsa dipercayai terjatuh dari balkoni rumah keluarganya di tingkat 30 pangsapuri berkenaan.

Punca kejadian masih dalam siasatan, dan pihak polis tidak menolak sebarang kemungkinan, termasuk unsur kecuaian atau pengabaian.

BBerkaitan

Latest articles