31 Kali Fitnah – Anak Tiri Siti Nurhaliza Saman Caprice, Tuntut Padam Semua Hantaran

KUALA LUMPUR: Usahawan dan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Muhammad Asyraf Khalid memfailkan saman terhadap penyanyi rap, Caprice, berhubung 31 hantaran di Instagram yang didakwa berunsur fitnah.

Tindakan itu difailkan di Mahkamah Tinggi pada 4 Ogos lalu melalui firma guaman Tetuan Wan Shahrizal, Hari & Co, dengan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dinamakan sebagai defendan.

Menurut peguam Abdul Hakeem Aiman, hantaran tersebut dikatakan berkisar tentang video sedutan episod terbaharu podcast Audio Siar milik Asyraf yang dimuat naik sebelum siaran penuh.

“Itulah fitnahnya. Lebih teruk, hantaran itu diulang siar kira-kira 30 kali di platform defendan,” tegasnya.

Permohonan injunksi bagi menghalang Caprice daripada mengulangi atau menyebarkan semula hantaran tersebut, selain memadamkannya dari semua platform media sosial, ditangguhkan ke 18 Ogos selepas hakim asal berpindah ke Mahkamah Tinggi Georgetown.

Sebelum ini, Asyraf pernah memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang kerana kenyataan Caprice didakwa merosakkan reputasinya, mengundang salah faham terhadap dirinya, serta menjejaskan maruah keluarga dan perniagaannya.

“Asyraf menegaskan tindakan ini bukan kerana kepentingan peribadi, tetapi demi memperbetulkan persepsi awam dan menjaga nama baik,” kata peguamnya.

BBerkaitan

Latest articles